Ø  Menyediakan sistem pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara

 

Ø  Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

Ø  Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang sebaik-baiknya

 

Ø  Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berkesan

 

Ø  Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana

 

Ø  Menyediakan staf yang mencukupi dan berdedikasi, komited, terlatih, berdisplin, bertanggungjawab dan produktif

 

Ø  Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyanyang

 

Ø  Memastikan Kementerian Pendidikan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan pelanggan, murid, guru, masyarakat dan negara/ kerajaan

 

Ø  Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesian keguruan untuk menarik individu-individu terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan