PENGENALAN

Unit ICT telah ditubuhkan untuk memberi pendedahan kepada guru, staff dan pelajar sekolah tentang perkembangan terbaru dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Pelbagai kursus dalaman telah dirangka dan dijalankan untuk memberikan kefahaman dan memastikan guru-guru, staff dan pelajar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi yang sedang pesat membangun.

Unit ini juga berfungsi sebagai tempat rujukkan berkenaan ICT dan tempat mengawalselia pengurusan mata pelajaran ICT dan ICTL di sekolah

Laman web ini akan dijadikan platform rujukan untuk memudahkan pengurusan P&P, kursus dalaman, dan bantuan dalam semua segi ICT

 

VISI

Menjadikan Unit ICT sebagai pusat rujukan teknologi maklumat dan komunikasi yang efektif, efisien dan berkualiti untuk sekolah

 

MISI

Meningkatkan tahap kompetensi penggunaan peralatan ICT dan menjadikan sebagai sebuah institusi yang dapat membatu dan melihirkan insan yang celik I.T didalam dunia siber yang pantas berubah